Kalau duduk rumah, memang jarang sekali nak update blog. sebab lagi suka baca blog orang. dan kini baru tersedar, saya lebih suka baca blog yg ayat-ayat nye agak2 selambe, not heavy thinking needed, not so much to thought about but still have its own messages behind it. maaf la, saya memang tak suka baca blog politik, atau yang dok mengkondem org, sana tak puas hati, sini macam gelabah cipan, dan satu lagi blog yang mempromote jualan atau diri sendiri. pastu siap kutuk2 diri sendiri tapi sebenarnye hanye litotes (ek,yeke) semata-mata. saja nak rendah diri supaya org puji die hebat, cantik, atau punya segala-galanya. ahh manusia . . .
banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidup ini sejak kebelakangan kelmarin (btol ke?) ahh, lantak la, otak tengah kacau disebabkan berlaku sedikit salah faham di rumah. tapi the ponit (haha, typo ponit=POINT... nadirah, sila jgn gelak) is macam-macam yang berlaku. MACAM M.A.C.A.M.
SUPER JUNIOR =)
tapi seriously, im in love with those guys. semuanya bermula sejak saya menonton cerita korea 'You Are Beautiful' casted by Jang Gunsuk (credits (topup) untuk sabrina). sebelom ni kalau tengok cite korea tak penah pon nak amik tau details pasal sape berlakon, pelakon tu mmg femes ke kat korea, Jang Gunsuk kene turunkan 7kg untuk berlakon drama ni atau heroin die sebaya saya tapi sikit punya cun kulit putih licin mulus takde duit syiling pon. dan perkara ni berlaku pada bulan Mac 2010 iaitu kira2 tidak sampai 2 bln sebelom exam final. wahhhh memang dugaan yang sangat besar. hanya kawan2 yang berada bersama ketika itu tahu bagaimana azab dan fanatiknye saya terhadap korea ketika itu. kemudian, ade lak kawan baik hati offer nk bagi full concert yang memang artis2 korea yg dah meletop performed. dan dari situ bermula lah 'perkenalan' saya dengan brother2 Super Junior :) weeeeeeee mmg sangat heaven time tuh. setiap kali lepas habis paper exam, saya akan dok mengadap laptop layan korea. bukannya nak ngadap buku. ish ish maryam. kalau mak tau memang kene cepuk sebijik, boleh bernanah telinga dengar mak membebel. seyes tak penah rasa seminat ini sampaikan boleh terguris hati, rasa tak moh dah ckp ngan mereka2 yang mengutuk Super Junior. wah mmg hebat penangannya sampi macam tu sekali boleh rasa ye semua. ada ke patot saya boleh plak terasa ngan sorg ni sebab die kate 'super junior femes sbb lagu sorry sorry je, yang lain tak dak pon dengar' pergh sumpah rasa nak menangis time tuh. hahaha mmg lawak macam budak darjah 4 nak merajuk2 haha. tapi walaupon org dok mengomen apesal la minat korea2 ni (especially guys2 yg kononnya gentleman, macho abes la sgt tak macam org lelaki korea yang bibir pink kulit muka putih satu jerawat batu pon takde kuku kilat2 rambut cover dahi atau ringkasnya JAMBU) BUT DO I CARE? lantak p la hang, kalau hang leh ada entertainment sendiri, aku pon leh ada. apa hang ingat hang baguih sgt ka dok layan artis2 omputih tuh.
heh, apesal emosi lak ni. sila abaikan. siapa soh hang bace blog aku.
RESULT.
fireFLY.
'Apa, newcastle? pesal pilih situ. kampong tu, bukan pekan.' hoi ko ingat semua org yang dok pekan atau bandar tu sume dah jamin boleh berjaya ke. yang dok kampong akan lingkup. (eh tetibe emo). saja ja. tapi sebenarnye nak tekankan fikiran org melayu sekarang (maka marahlah org2 melayu di luar sana akibat takleh terima teguran). chill bro, kalau nak maju, kena la terima teguran. Dan sekali lagi syukur kepada Ilahi sebab saya dpt offer ke Newcastle University, Newcastle Upon Tyne, north-east of England. kalau nak specific lagi tengok peta malaysia, pandang kelantan. itula kedudukannya. many thanks to senior2 dan kawan2 bakal housemate yang byk membantu dalam persiapan pergi ke Uk nih. jeongmal gomawo =)
SHOPPING.
Begpack Nike MYR200++, Leather shoes Camel Active MYR180++, Luggage Bag 29'' Hush Puppies MYR300++, Stationaries Kinokuniya MYR13 (padahal beli pen sebiji, marker sebatang, mechanical pencil dan lead-nya je) mmg koyak, aduss habes duit gaji aku sekejapan. baru pegang 1 hari. terus jadi papa kedana seperti org unemployed, tanam anggur belakang rumah. pengajaran, kalau shopping klcc macam tula jadinye. lain kali beli belah kat mydin je. Harap kat Newcastle ade mydin (mmg harapan nk ade mydin kat uk). tapi lepas ni duit akan bertambah kopak kerana barang barang lain satu ape pon tarak beli lagi. Eh duit saya kopak ke duit Tuan Haji Madzi? hakhak! Tidak mengapa lah ye Tuan Haji, bukan selalu anak Tuan Haji ni kene belanja ;)
okay la, sekian untuk kali ni. buhbye!