Feb 27, 2010

kisah kau dan aku

Suasana sepi menyelubungi kami. lidahku kelu. aku serba salah. fikiranku berkecamuk dan runsing. adakah aku menyukaimu dalam diam. sungguh aku keliru di saat ini.

aku ingat lagi. semuanya bermula di sini. kafe. kali pertama aku melihat wajahmu. aku terpana. sungguh kekuasaan Allah mengatasi segalanya. rupamu saling tak tumpah seperti insan yang pernah aku sayang.

bermula dari ketika itu, satu perasaan aneh muncul dalam benakku. perasaan yang sama pernah aku rasa terhadap bekas kekasihku suatu masa dahulu. namun Tuhan lebih menyayangi dirinya. die pergi sebelum sempat aku menatap wajahnya buat kali terakhir.

ya, cinta memang pelik. aku sudah jatuh cinta
terhadapmu pada pandangan pertama.

namamu indah. seindah rupa parasmu yang ayu. tapi kenapa engkau tidak pernah menyelami perasaan ini? benarkah renungan dan pandanganku terhadapmu selama ini tidak mendatangkan apa-apa makna kepadamu?

berbicaralah denganku. luahkan segala yang terbuku di hatimu. aku ingin sekali mendengar suaramu yang lunak itu. jangan biarkan diriku lemas dalam segala persoalan yang tidak pernah kutemu jawapannya. kerana jawapannya ada padamu!

"kamil..."

aku menoleh dengan perasaan berdebar-debar. bibir mungil itu seakan ingin melimpahkan bicara. aku sabar menanti butir percakapanmu.

"sebenarnya aku juga menyimpan perasaan yang sama terhadapmu..."

rozana tunduk. mukanya kulihat kemerahan. mungkin malu. aku tertawa dalam hati. comel. (hakhak!)

"aku sukakanmu," rozana menyambung.

benarkah apa yang aku dengar ini? aku mencubit pahaku. sakit (seyes sakit). aku tidak bermimpi. tiada perasaan yang dapat kugambarkan di saat ini. aku terlalu gembira! cintaku tidak bertepuk sebelah tangan. cintaku berbalas.

sambil berpimpinan tangan, kami meninggalkan kafe yang mencatat 1001 kenangan terindah antara kami berdua. (cliche,happy ending)


wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

cerpen yang aku tulis masa sem 1. aku tak ingat cam mana aku boleh terkarang cerita jiwang ni. rasa menarik untuk diletak dalam blog. tapi cerita ni tiada kena mengena dengan sesiapa. hanyalah lontaran idea kreatif aku di saat tidak sibuk semasa sem 1.(ada masa nak tulis benda merapu ni). kalau tak, jangan harap. baek aku baca quran. dapat pahala. hakhak!

sekian :)

No comments: